counter

Feminism Act by Bloggers

Allison Moon
On our quest to find out more about gay or lesbian blog in the net, we finally found out this blog which is called “The Tales of the Pack” written by Allison Moon. Her blog is mainly about the feminism trans right. From her essay and writing we believed that she is trying to send her message to everybody in the planet that she fight for equal pay, fair maternity leave, women of stature lauded for their accomplishments, reproductive rights and access to safe health care, eradication of rape culture, more roles for women of color in film, equal representation in public office and Fortune 500 companies. I believe that she also wants trans women to honoring the inheritance worth in traditionally feminine concepts and actions such as environmentalism, collaboration, empathy, emotional dynamism, dialogue, transformation, compassion, process. The fight against patriarchy and misogyny is the fight for respect for women identities, their bodies and their right to exist as independent individuals. It is the demand for respect for women fundamental humanity and worth.

Frankly, from her writing she believed that people out there may think that trans women are “dudes in dresses” or don’t know what it’s like to be a woman because they were not socialized as women. From her words, we have known some trans women who do indeed present as clumsy or grasping at tenuous ideas of womanhood and femininity. Some of them have gone through phases of ascribing to patriarchal ideals of what a woman “should” be, stumbling through versions of identities on their way to who they will eventually become. Rather than following whatever inner compass or outer role models better suited for the job, they reach for the most obvious neon-lit versions of women the super models, the actresses, the porn stars and the emboss. These are the trans women the redeems usually point to when complaining that all trans women are just guys in disguise. There are many women who go through these phases, and “cis” women absolutely included.

Variasi Blog


Setiap blogger mempunyai tujuan sendiri untuk membuat blog. Pada zaman teknologi ini, terdapat pelbagai jenis blog yang wujud di alam maya ini. Malah blog kini menjadi salah satu sumber penting untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Setiap blog menonjolkan nilai masing-masing dengan membawa berita dan informasi yang pelbagai. Terdapat juga blog yang mengkhususkan untuk sesuatu aspek sahaja. Salah satu blog yang menarik perhatian ialah Beautiful Nara.

Blog Beautiful Nara pada asalnya merupakan blog yang menceritakan keindahan negara korea. Namun telah bertukar manjadi blog untuk bergosip dengan slogannya “Marilah bergosip secara berhemah”. Percaya atau tidak, pemilik blog ini merupakan seorang lelaki. TIdak semestinya hanya wanita suka bergosip. Blog ini membawa informasi terkini tentang dunia artis. Menurut pandangan admin, pemilik blog ni merupakan seorang peminat tegar dunia hiburan. Blog ini semakin mendapat perhatian kerana isu yang dipaparkan sangat dekat di hati peminat dunia hiburan. Jadi, pada pendapat admin blog ini akan terus mendapat sambutan di masa akan datang jika tidak menggunakan bahasa yang menyentuh sensitiviti sesuatu pihak. Antara contoh isu dalam blog ni;  Ada Sabotaj Untuk Menjatuhkan Saya – Nur Fathia Written by AbangNara | April 25th, 2014 


Tidak semua blog membawa maklumat yang positif. Terdapat juga blogger yang menyebarkan cerita tidak sahih, sengaja mewujudkan prasangka, menimbulkan kekacauan dan sebagainya. Blogger seperti inilah yang akan menimbulkan peperangan dunia maya sekaligus mewujudkan pelbagai persepsi di kalangan pembaca tentang sesuatu isu. Walaupun mungkin sesuatu berita yang disampaikan ada kebenarannya, namun cara menyampaikan yang agak keterlaluan membawa kepada pelbagai kesan. 

Blog Papa Gomo merupakan penyokong kepada kerajaan iaitu UMNO. Blog ini akan mengeluarkan pelbagai cerita mengenai UMNO dan juga pihak bertentangan. Tidak menjadi masalah sekiranya blogger Papa Gomo menyalurkan idea tentang sesuatu perkara dengan cara yang baik. Tetapi, blogger ini menggunakan perkataan yang agak keterlaluan. Ini antara contohnya.
Saturday, December 28, 2013
  

Menurut admin sendiri tidak salah sekiranya kita ingin menyokong mana-mana pihak, namun jangan sampai keterlaluan mengutuk pihak bertentangan. Kita masing-masing mempunyai hak untuk bersuara. Sekiranya terdapat isu yang tidak memuaskan, salurkan suara melalui medium yang betul. Blog Papa Gomo ini sendiri mendapat pelbagai komen daripada banyak pihak. Jadi, admin nak tegaskan bukan admin tidak menyokong blog kerajaan. Tapi, perkara-perkara yang salah perlu disuarakan dengan menggunakan cara dan bahasa yang betul.
 





Keganasan terhadap wanita. Dimana penghujungnya?

KEGANASAN TERHADAP WANITA

Ibu, emak, puan, kakak, makcik, nenek adalah gelaran yang pasti dan hanya akan diberikan kepada mereka yang bergelar wanita. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (statistik penduduk), sebanyak 49.1% penduduk negara kita daripada 28.91 juta penduduk adalah mereka yang bergelar wanita. Ini menunjukkan bahawa separuh daripada rakyat Malaysia adalah wanita. Tak sangka bukan.

Kita dapat lihat kini lebih ramai wanita mendominasi bidang pekerjaan, Jika dibandingkan dengan masa dahulu iaitu wanita gemar menjadi suri rumah. Kini kepentingan mempunyai pekerjaan telah disedari oleh kaum wanita. Perkembangan dalam bidang pekerjaan itu adalah satu perkembangan yang bagus tetapi ada satu jenis perkembangan yang tidak menarik langsung iaitu KEGANASAN TERHADAP WANITA. Saya besarkan tulisan itu agar situasi ini dapat diberi perhatian. Menurut kajian kes, keganasan terhadap wanita semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun ini sahaja iaitu pada empat bulan pertama, peningkatan sebanyak 12%  apabila 2,576 kes dilaporkan berbanding dengan tahun lepas untuk tempoh yang sama iaitu sebanyak 2,295 kes.

Persoalannya disini adalah mengapa jumlah kes semakin meningkat? Adakah wanita ini diibaratkan sebagai objek dan boleh diperlakukan sesuka hati? Adakah wanita memang hanya sesuai untuk dijadikan mangsa jenayah? Adakah sifat lemah lembut wanita itu menjadi punca mereka boleh diperlakukan sesuka hati? Jawapannya ada pada kita, iaitu setiap individividu.

Menurut kajian daripada World Health Organization (WHO) pada tahun 2013, sebanyak 35% wanita sedunia pernah mengalami masalah keganasan fizikal dan mental. Menyedari peratusan yang agak tinggi itu, pelbagai usaha diperluaskan lagi untuk membantu mereka yang menjadi mangsa dan memeberi kesedaran terhadap orang ramai. Usaha-usaha seperti ini tidak hanya tertumpu kepada kerajaan dan badan NGO sahaja, semua pihak perlu memainkan peranan agar wanita lebih dihargai, disayangi dan bukan menjadi tempat untuk melepaskan emosi sesetengah pihak melalui keganasan mental dan fizikal.

Atas dasar prihatin kami ahli blog Tinta Siber ini, kami telah menghasilkan sebuah vlog yang menunjukkan serba sedikit sokongan kami dalam menentang keganasan terhadap wanita. Selamat menonton..:)  



Ahli Parlimen maut kemalangan...

Hari ini pada 17 April 2014 kita dikejutkan dengan berita kematian Karpal Singh akibat kemalangan maut di Lebuhraya Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar. Turut maut dalam kemalangan tersebut adalah pembantu peribadinya iaitu Michael Cornandez.

Karpal Singh merupakan seorang ahli politik dari DAP dan juga merupakan seorang peguam yang terkenal. Semasa hayatnya Karpal Singh merupakan seorang yang lantang bersuara dalam politik terutamanya lantang apabila mengaitkan soal hukum hudud...mendiang menolak apabila pembangkang mencadangkan untuk melaksanakan hukum hudud.
Mendiang maut apabila perlu menghadiri satu kes mahkamah..

Punca kemalangan tersebut apabila kereta yang dinaiki oleh mendiang melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat masuk terlebih dahulu. Oleh sebab itu kereta jenis Toyita Aplhard tersebut hilang kawalan dengan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan.

Mayat mendiang akan disemadikan di Pulau Pinang pada hari Sabtu atau Ahad bergantung kepada pengumuman rasmi oleh pihak keluarga mendiang..

Kemalangan maut tersebut hilangnya seorang berilmu dalam bidang peguam dan mendiang juga seorang yang berjiwa rakyat kerana kesungguhan memperjuangkan hak rakyat..


Antara gambar-gambar kemalangan maut mendiang..




Perempuan Mangsa Keldai Dadah

Perempuan, seorang yang dianggap lemah, mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar dan tidak pandai mengawal emosi. Sinosim dengan sifat perempuan yang lemah-lembut. Kerana kelemahan mereka ini, kaum lelaki atau mereka yang berkepentingan sering menggunakan kelemahan perempuan ini untuk menyelesaikan tugas mereka.
Jika kita lihat dimana-mana, tidak kira media elektronik atau cetak, sering kita lihat berita mengenai wanita sebagai keldai dadah.  Keldai dadah bermaksud seseorang yang secara rela atau diperdaya untuk menjadi kurier, membawa dadah atau barang seludup ke negara lain. Taktik ini dapat mengurangkan risiko pengedar/penyeludup dadah itu daripada ditangkap. Kebiasaannya, orang yang terdesak dan mengetahui mereka dijadikan pengangkut dadah atau menjadi ‘keldai’ tanpa sengaja atau mereka tidak tahu mereka dipergunakan atau diperangkap untuk membawa dadah menjadi mangsa utama untuk dijadikan keldai dadah.
Sindiket dadah antarabangsa seperti Nigeria dan Iran ini menggunakan rakyat mereka untuk memikat wanita tempatan untuk dijadikan keldai dadah. Australia, China, Brazil, Peru, Argentina dan Jepun ialah antara destinasi penyeludupan dadah yang sering dikaitkan dengan gadis rakyat Malaysia.
Apabila rakyat Malaysia tidak lagi terpedaya dengan taktik itu, sindiket beralih menggunakan pendekatan baru iaitu melantik ahli-ahli sindiket di kalangan pemuda tempatan untuk mencari mangsa wanita sebagai keldai dadah melalui Facebook. Taktik menggunakan lelaki tempatan untuk memperdayakan wanita melalui Facebook dikesan setelah polis menerima banyak laporan mengenai tangkapan rakyat Malaysia di luar negara pada setiap tahun.
Mereka yang menjadi mangsa adalah antara lingkungan usia 20 hingga 35 tahun. Setiausaha Kerja Penyelidikan dan Pemantauan Program, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), Zuriah Abu Bakar, menyatakan bahawa pendapatan berniaga dadah memang lumayan. Sekilogram dadah boleh memberi pulangan sehingga RM1.8 juta kepada pengedarnya.
Menurut Lembaga Kawalan Narkotik Antarabangsa (INCB), sebuah badan bebas pemantauan kuasa undang-undang, semakin ramai wanita muda di Asia menjadi mangsa sindiket berkenaan. Berdasarkan statistik tersebut, pengedar dadah kini giat menggunakan laman web sosial untuk menarik perhatian wanita di Asia Tenggara untuk bekerja sebagai keldai dadah di negara-negara di timur dan Asia Tenggara.
Dadah kini disembunyikan di dalam kasut, pakaian, beg, barangan kraf tangan, alatan elektronik dan kenderaan. Ini termasuk kaedah mencairkan dadah dalam rebusan air sebelum dicelupkan pakaian dan dibiarkan hingga kering. Apabila individu yang membawa dadah dalam bentuk terlarut pada fabrik tiba di destinasi yang disasarkan, pakaian tersebut akan diproses menggunakan aplikasi penyulingan untuk mengumpulkan kembali kandungan dadah yang melekat pada fabrik berkenaan.


Rancangan television online

 Perkembangan teknologi melahirkan suatu media baru yang dapat menyajikan informasi yang sangat cepat kepada masyarakat. Television (TV) sebagai alat penangkap siaran dan gambar . TV hadir sebagai kotak ajaib audio visual yang menyebarkan dan menyediakan pelbagai program. Perkembangannya diperlukan dan perkembangan teknologi TV mulai memasuki TV online yang biasa ditonton dimana sahaja dengan jaringan internet. Akhir-akhir ini, banyak pengguna internet menggunakan TV online untuk menikmati tayangan-tayangan menarik dan menghiburkan. Ramai  yang membuat TV online milik pribadi dan dapat diakses oleh orang ramai dengan informasi yang berubah-ubah. Terdapat juga yang sudah menyiarkan siarannya secara langsung di beberapa stesen TV online. Siaran-siaran tersebut disiarkan dengan pelbagai tema, misalnya kehidupan pribadi (reality show), berita, dan kehidupan pribadi para selebriti.

TV Online adalah stesen TV yang memiliki tayangan video yang terkonsep, selalu diperbaharui terus-menerus, tidak statik, mengikuti perkembangan peristiwa yang terjadi di seluruh persekitaran dan boleh diakses oleh orang ramai secara bebas. Untuk mengaksesnya, kita hanya perlu menggunakan rangkaian internet.

Dengan  adanya internet di sekitar anda, adakah anda penggemar rancangan TV online sekiranya terlepas daripada menonton rancangan kegemaran di television? Sejauh manakah TV online dalam kehidupan anda.